GAMBAR TERKINI

GAMBAR TERKINI

Monday, October 11, 2010

hari ini...

Salam semua, sudah lama saya tidak menyumbangkan sebarang berita dan cerita di dalam blog ni...Maaf kepada tuan blog dan yang lain, sibuk dengan kerja di office yang tak pernah2 abis dan melayan kerenah si kecik, Alisha yang dah semakin membesar..

Pagi ni, on the way ke office, saya terima 2 SMS. Satunya dari CELCOM, reminder untuk bayar bil yang dah nak mencecah limitnya (rajinnye org2 celcom ni ye..terima kasih..reminder untuk terima duit..xde ke..hehe :P) dan satu lagi dari Bonda Maheran yang mengingatkan saya pada hari lahir Allahyarham Azwan pada hari ini(11.10.10) dan Adinda Zafirah pada hari jumaat yang lepas (08.10.10).

Kepada Adinda Zafirah dan juga ahli jemaah yang menyambut hari lahir pada bulan October, semoga dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. (Bila nak blanja kami makan ni, dik oiii...)

Kepada Allahyarham Azwan, semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman dan tenang di Sana..Insya-Allah..Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuknya, untuk nenek moyang dan juga saudara mara kita yang telah pergi menyahut seruan Ilahi...

Al-Fatihah..

Didalam SMS BondaMaheran juga ada menyatakan yang pagi ini Bonda Maheran telah pergi ke pusara mereka untuk menghadiahkan sepotong ayat dan ucapan terima kasih Bonda Maheran kepada semua yang masih mengingati Dia...

Tak lupa juga, untuk program Majlis Tahlil yang akan datang iaitu pada hari Sabtu, 6 Nov 2010..sama-sama lah kita untuk menghadirkan diri...

4 comments:

  1. thanx atas ingatan birthday..nk blanja semua boleh..tggu PM bagi bonus 2 bln gaji ok..haha

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman PRA-Birthday telah diadakan pada minggu lepas... Time kasih... Insyallah akan balik pada 6 Nov nanti... Jumpa d sana ye...

    ReplyDelete
  3. hai, baru le dapat menatap nukilan anis aneeza.....teruskan begitu lantaran awak ada banyakpengalaman dan cerite..dah lama ayah beso menggalakkan anakanada mencoret diblog keluarga ini,terutama bila keluar negara,snap le satu dua gambar dan post kan disini.tentu blog kite bertambah meriah...paling tidak buat sapertimana pengulas tetap kite..Ku Akmar dan Adinda Yusuf....kan ..kan ..kan..

    ReplyDelete
  4. kalau masa mengizinkan dan kerajinan melanda, bukan satu dua...satu album ija uploadkan...hehe..

    insyaAllah ayahbesar...akan diusahakan...

    ReplyDelete