GAMBAR TERKINI
Sunday, September 27, 2009
Saturday, September 26, 2009
Sunday, September 20, 2009
SELAMAT HARI RAYA
Assalammualaikum....esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dihari dan bulan yang mulia ini bersama-samalah kita menghulur tangan bermaaf-maafan.
Seperti biasa kita semua akan berkumpul dikampung pada hari raya kedua. Ada cadangan selepas asar ada sesi bergambar. Diharap semua dapat meluangkan masa. Jumpa dikampung.....
Tuesday, September 8, 2009
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2009
Pada tahun ini 2 orang daripada keluarga kita akan menduduki peperiksaan UPSR 2009 . Peperiksaan tersebut akan bermula pada hari ini, 8 September, 2009 dan berakhir pada 10 September, 2009.
Mereka yang mengambil peperiksaan ialah:-
1. Megat Ammar Farhan bin Ahmad Yusuf
2. Raja Muhamad Zulqarnain bin Raja Abd Rahman
Bersama-samalah kita berdoa agar mereka berdua ini memperolehi kesihatan dan kemudahan yang baik untuk cemerlang didalam peperiksaan. Insyaallah.
SELAMAT HARI JADI
Selamat hari jadi yang ke-55 tahun kepada Pak Alang (Jailani bin Ali) pada 6hb September, 2009.
Friday, September 4, 2009
SEKAPUR SIREH DARIPADA KEKANDA RAJA AZIZ
salam ramadan almubarak yang datang bersama barakah.alFatihah untuh roh ayah bonda yang sentiasa dihati..dan mereka merasa aman bilamana melihat keakraban anak anak yang ditinggalkan.Alhamdulillah.TAHNIAH diatas kelahiran blog ini dan bersama kita menafaatkannya dan SYABAS untuk adinda Raja Aman yang mana idea anakanda Emy kini terlaksana..cuma kini Aman perlu "convert" kannya menjadi blog keluarga dengan gambar2 dan info terkini yang mutakhir (perbualan kita ditalipon adalah dirujuk) Wassalam. KEKANDA RAJA AZIZ@03.09.09@06.40PM
Wednesday, September 2, 2009
LAGI GAMBAR GAMBAR SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA
Tuesday, September 1, 2009
MAJLIS BERBUKA PUASA
Tarikh : 29 Ogos, 2009 bersamaan 08 Ramadhan 1430H
Tempat : Perkarangan Rumah Pusaka di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan, Perak.
Kehadiran : Lebih kurang 91% daripada keseluruhan
Majlis bermula dengan kerja kerja menegak khemah pada jam 5.00 petang. Khemah ditaja oleh Kekanda Zakaria dan keluarga. Masakan dimasak oleh kekanda Raja Rokiah dan Raja Saidatul Akmar dengan bantuan keluarga masing-masing. Perbelanjaan sebanyak RM400.00 disumbangkan oleh adinda Raja Abd Hassan. Kekanda Raja Maznah juga menyumbang makanan pada majlis tersebut.
Saya cuma membeli 60 ketul pulut panggang. Mempelam Alex bagi. Tembikai Kak Noreha yang bagi juga turut hadir bersama suami.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Semoga dimurahkan rezeki.
Antara persetujuan yang dicapai hasil perbincangan yang di pengerusikan oleh kekanda Raja Abd Aziz:-
1. "Selamat Hari Jadi" diwujudkan kembali - Tindakan: Raja Abd Rahman
2. Kemaskini rekod dan edarkan kepada semua - Tindakan: Raja Abd Rahman
3. Adakan blog
4. Perbaiki bilik air dll - Sumbangan ikhlas Raja Abd Aziz RM100.00/Jailani RM50.00/Raja Abd Rahman RM50.00 (beri kepada Raja Saidatul Akmar masa hendak balik) _ Tindakan: Raja Khuzaimah untuk kumpul duit/Zakaria minta dapatkan kontraktor.
5. Wujudkan yuran keahlian, persetujuan sebulat suara RM10.00 sebulan kepada yang telah berkeluarga (Raja Maheran dan Raja Khuzaimah dikecualikan). Raja Maznah dan Raja abd Rahman diminta buka akaun.
Keluarga yang telah membayar: Jaya Putera RM10.00/Tuan Syed RM10.00/Zakaria RM10.00/Yusof RM10.00/Hassan RM10.00. Tarikh ahkir bayar untuk tahun 2009 ialah pada 2 hari raya sebanyak RM40.00 untuk 4 bulan. Raja Maznah dilantik sebagai Bendahari.
Kekanda Raja Abd Aziz dan isteri menjemput kepada semua ahli keluarga pada 24 November, 2009 dirumah beliau kerana majlis pertunangan anak perempuannya Raja Intan Yuhanez.
Akhir sekali Pengerusi memperingatkan kepada semua adik-beradik agar sentiasa berusaha untuk menyatupadukan keluarga ini. Baginya setiap kerja murni yang dicuba untuk membina keluarga ini akan terdapat banyak rintangan. Diharap semua dapat bertolak ansur.
Sekian, terima kasih.
Antara gambar gambar pada majlis tersebut:-
Subscribe to:
Comments (Atom)

