GAMBAR TERKINI

GAMBAR TERKINI

Tuesday, December 21, 2010

sms dari bonda maheran

SLm utk smua...Per1..alFATIHAH..utk Arwah semua...t/kasih krana dkelingi oleh adik bradik/anak2 buah n cucu yg trus menyayangi LAN 100% krn kasih syg 2 lbih bharga dri sglanya dan yg penting WAN psti gembira dan sentiasa mendoakan insan2 yg trus menyangi BONDA TERSAYANGnya...dan yg pasti LAN X INGIN MEnangis lagi..tangisan hnya utk mdpt keredaan &keampunan dariNYA....AMIN...tlg msk blog...dari H.A.C.K.S

saya terima sms ni dari bonda maheran malam tadi...malas menaip, cuma copy n paste je..hebat jugak bonda maheran kita ni gunakan bahasa sms nya ye.. happy birthday kepada semua yang celebrate birthday bulan ni...apa cerita dengan rumah di kampung??? masih lagi buat open house ke ayah beso?

Saturday, December 18, 2010

....hasilkerja Ku Hassan...



Kite mengucapkan jutaan TERIMA KASIH pada adinda Ku Hassan diatas
pengumpulan maklumat dan susunatur salasiah keluarga kite.....sayang ianya hanya bermula dari ayahanda dan bunda kite..pun dikira bagus buat permulaan dan pastinya untuk cicit cicit kite. TERIMA KASIH

YEOP: bertambah senang kerana tiada jemaah kite yang lelaki menambah cawangan
....belum pasang niat lagi...

Monday, October 18, 2010

20.10.2010

salam jemaah semua...lovely morning sebab baru lepas hujan kat sini...

hari ni kekanda juliana dimasukkan ke wad untuk operate, membuang cyst yang ada di dalam perutnya. operation dijangka akan dijalankan pada hari rabu, 20.10.2010 (cantik tarikh ni kan)..

doakan semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar...ameen

*cuba call kekanda juliana pagi ni tapi tak dapat..dah masuk wad agaknya...teringat dulu masa bersalinkan alisha..mmg susah nak dpt line bila ada kat dlm wad ni...xcukup coverage lagi agaknya...

Monday, October 11, 2010

hari ini...

Salam semua, sudah lama saya tidak menyumbangkan sebarang berita dan cerita di dalam blog ni...Maaf kepada tuan blog dan yang lain, sibuk dengan kerja di office yang tak pernah2 abis dan melayan kerenah si kecik, Alisha yang dah semakin membesar..

Pagi ni, on the way ke office, saya terima 2 SMS. Satunya dari CELCOM, reminder untuk bayar bil yang dah nak mencecah limitnya (rajinnye org2 celcom ni ye..terima kasih..reminder untuk terima duit..xde ke..hehe :P) dan satu lagi dari Bonda Maheran yang mengingatkan saya pada hari lahir Allahyarham Azwan pada hari ini(11.10.10) dan Adinda Zafirah pada hari jumaat yang lepas (08.10.10).

Kepada Adinda Zafirah dan juga ahli jemaah yang menyambut hari lahir pada bulan October, semoga dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. (Bila nak blanja kami makan ni, dik oiii...)

Kepada Allahyarham Azwan, semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman dan tenang di Sana..Insya-Allah..Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuknya, untuk nenek moyang dan juga saudara mara kita yang telah pergi menyahut seruan Ilahi...

Al-Fatihah..

Didalam SMS BondaMaheran juga ada menyatakan yang pagi ini Bonda Maheran telah pergi ke pusara mereka untuk menghadiahkan sepotong ayat dan ucapan terima kasih Bonda Maheran kepada semua yang masih mengingati Dia...

Tak lupa juga, untuk program Majlis Tahlil yang akan datang iaitu pada hari Sabtu, 6 Nov 2010..sama-sama lah kita untuk menghadirkan diri...

Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H


















Assalammualaikum.....
Hari ini Hari Raya ke-5, Rasanya belm lagi terlambat untuk Aman dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dengan ucapan:-
Setitis embun dipohon rimbun
Diatap rumbia air tergenang
Dosa bertimbun mohon diampun
Silap dan salah jangan dikenang
Maaf zahir dan batin
daripada
Aman, Jamilah, Emi, Nani dan Nain

Monday, August 23, 2010

Gambar-gambar di majlis berbuka puasa 2010


Assalammualaikum....Gambar-gambar semasa Majlis berbuka puasa telah pun berada di blog ini. Sila-silakanlah menziarahi blog ini.


Terima kasih.

Thursday, July 15, 2010

Lama tak menyumbang...


Assalammualaikum...diharap jemaah semua berada di dalam sihat sejahtera. Mohon ampun dan maaf kerana telah sekian lama meninggal blog ini bersendirian tanpa diusik oleh yang empunya. Terima kasih kepada mereka yang memeriahkan blog ini selama ini. Insyaallah akan cuba meluangkan masa memeriahkan lagi blog ini. Tungguuuuu..............

Monday, May 24, 2010

......Bin Raja Hassan


Salam.
Semalam Yeop.Ku Akmar dan Tuan Syed
mengambil keputusan untuk menziarah adinda KuHassan di Lumut.
Tujuannya untuk menjenguk putera yang
baru dilahirkan dan kini berusia 7 hari.Lihatlah paparan
yang dapat Yeop uploadkan bersusahpayah untuk tatapan jemaah.
Putera yang diberi nama RAJA OMAR ZAREEF .Semoga kehadiran putera mereka ini menambahkan keharmonian,kekayaan,kebahgiaan dan segala yang baikbaik
kita harapkan dari insan baru umat Mohammad SAW.Amin ya rabbulalamin.
Sebenarnya tika kami sampai,keluarga Cho Kiah baru saje berangkat pulang dan tika kami akan pulang Ku Maznah /zakaria pula sampai. Kami bersalaman dan bercerita sedikit sebelum kami bergerak meninggalakan RAJA OMAR ZAREEF dan semuanya untuk menziarak adinda Ku Maheran dan Ku Nana dikampong.
Tungggu cerita/gambar terbaru dari Yeop.


YEOP:bergerak sendirian tanpa Kak Salnya yang menziarah saudara sekapalnya di Penang.........eeh anak Mami ke dia?

Friday, May 21, 2010

Y.M.Raja Saidatul Akmar PJK


Salam.
Gambar pingat PJK yang dimaksudkan.
Pingat ini kalo selalu disiram
bolih jadi besar.
Rasa rasa Yeop amatlah sesuai kalau
jamuan berbuka puasa dirumah Allahyarham emak bapak
nanti ditaja olih Ku Akmar PJK dan Tuan Syed kite...
yang dah confirmed" tak nak kerja lagi"
Tahniah sekali lagi.

YEOP:....Y.A.M. RAJA KECIK TEPI

Tuesday, March 9, 2010

jutaan terima kasih....

kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara mara semua di atas pertolongan, tempat tinggal, makanan, ziarah-menziarahi dan semua sekali lah, semasa kakanda Siti Asiah dirawat di hospital di Ipoh

sekarang kakanda siti asiah berada di rumahnya sendiri dan semakin beransur pulih. pesan kakanda bakhtiar ~ kalau nak melawat, jemput la datang ke rumah...

Monday, February 15, 2010

MAJLIS MARHABAN - IPOH

Assalammualaikum......
Setelah beberapa berada di laman siber, blog kita ini diubahsuai sedikit dengan beberapa pembaharuan. Kaum kerabat juga boleh melihat gambar terkini dan terbaru secara slide. Diharap kaum kerabat yang lain juga dapat meyumbang demi memeriahkan lagi blog ini.
Majlis Marhaban untuk Meor Muhd Irfan telah pun berlangsung dengan meriahnya. Banyak peristiwa yang mungkin menjadi satu kenangan manis kerana di majlis tersebut kesemua sepuluh adik-beradik kita hadir ke majlis tersebut dan sempat bergambar kenangan bersama. Rasanya setelah sekian lama barulah ini kali pertama kita semua dapat melakukannya. Gambar tersebut diletakkan diatas blog ini untuk kenangan. Alhamdulillah.
Di blog ini juga kita semua ingin merakamkan terima kasih kepada Tuan Haji Ihsan Mohd Radzi yang telah mengumrahkan kedua allahyarham ibubapa kita.
Ingin dimaklumkan juga, kalau tiada aral melintang Megat Khairul Azmi bin Jailani akan mengadakan Majlis Marhaban pada 28 March, 2010 untuk anakandanya yang kedua iaitu Megat Farish Nazwan dirumah beliau di Kampar, Perak. Jika berlaku perubahan tarikh akan dimaklumkan nanti. Buat masa ini countdown telah pun diwujudkan di blog ini. Diharap kaum kerabat dapat meluangkan masa pada tarikh tersebut.
Akhir sekali kepada semua anak-anak saudara yang sememangnya pandai didalam IT, dapat membantu memeriahkan blog ini.
Terima kasih.

Tuesday, January 12, 2010

..ATAS PERMINTAAN....


Cara hendak kempiskan perut...hendaklah buat setiap hari...buat jangan tak buat.
Selamat Mencuba

Saturday, January 9, 2010

PEMBETULAN UNTUK UCAPAN HARI JADI BAGI BULAN JANUARI DAN FEBRUARI, UNTUK TAHUN 2010

Berikut adalah tarikh hari jadi kerabat-kerabat kita untuk bulan January dan Februari 2010:-

1. 02 Jan - Puteri Diana Myzahra binti Megat Khairul Azlan - 01 tahun
2. 04 Jan - Raja Iskandar Shah bin Raja Abd Aziz - 19 tahun
3. 10 Jan - Puteri Syafiah Najihah binti Megat Khairul Azmi - 02 tahun
3. 22 Jan - Raja Maznah binti Raja Omar - 54 tahun
4. 09 Feb - Raja Abd Rahman bin Raja Omar - 47 tahun
5. 10 Feb - Nur Qaireena Alisha binti Muhammad Kamarul - 01 tahun
6. 27 Feb - Raja Zan Zanariah bin Raja Abd Aziz - 15 tahun

Sehubungan dengan itu juga Tok Man memohon maaf diatas kesilapan tersebut terutamanya kepada anakanda Azlan dan isteri, Lope dan isteri dan tidak lupa kepada Neeza dan suami, yang telah mengingatkan Ayah Man tentang keciciran nama anaknya.

Kepada mereka yang telah dan yang akan menyambut hari jadi diucapkan "Selamat Hari Jadi" daripada semua penghuni blog ini.

Sunday, January 3, 2010

...SELAMAT HARI JADI UNTUK BULAN JANUARY DAN FEBRUARI, 2010...

Assalammualaikum....Rasenya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru, 2010. Hari ni dah 03 Jan, 2010, esok 04 Jan, 2010 sesi persekolahan akan bermula. Semuanya akan kembali sibuk dengan aktiviti aktiviti persekolahan. Kepada anak Hassan - Zahin yang akan memasuki tahun 1 - diucapkan "Selamat Bersekolah".

Kepada Nain dan Ammar, Selamat memasuki alam sekolah menengah.

Berikut adalah mereka yang akan meraikan Hari Jadi pada Januari dan Februari, 2010.

1 Raja Iskandar Shah Bin Raja Abd Aziz - 04 Jan
(Yang ke-19 tahun)
2 Raja Maznah bin Raja Omar - 22 Jan
(Yang ke-54 tahun)
3. Raja Abd Rahman bin Raja Omar - 09 Feb
(Yang ke-47 tahun)
4. Raja Zan Zanariah bt Raja Abd Aziz - 27 Feb
(Yang ke-15 tahun)

Kepada mereka semua diucapkan "SELAMAT HARI JADI"

Terima kasih.