GAMBAR TERKINI

GAMBAR TERKINI

Saturday, December 26, 2009

Suprise Birthday Party Bonda Maheran....

Last weekend, ari ahad ari tu, kami celebrate birthday bonda Maheran. Buat awal sehari sebab semua ahli keluarga ada kat umah...ni gambar2 sekitar majlis...

Adik bawak kek sampai lilin terpadam...aura...


Birthday cake...umur lan? biarlah rahsia..hehe...

Birthday mom tengah potong cake..go go!

Semua kena suap kek..



menu? simple jek..pasta n fruit salad..

Kami mengucapkan selamat hari jadi, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan ceria-ceria selalu!!!!

Thursday, December 24, 2009

....Berita terkini..........

Assalammualaikum......

Keputusan PMR telah pun diketahui pada hari ini. Adalah dimaklumkan 2 orang daripada keluarga kita yang menduduki peperiksaan tersebut telah mencapai kejayaan dengan cemerlangnya. Tahniah kepada mereka berdua iaitu Nani telah mendapat 8A dan Mazreen telah mendapat 5A, 2B dan 1C.

Semuga kejayaan mereka berdua ini akan menjadi pendorong kepada anak-anak kita yang bakal dan akan menduduki apa jua peperiksaan.

Kepada mereka berdua teruskan usaha untuk menempuhi SPM pula. Tingkatan 4 bukanlah honeymoon year. Teruskan usaha. Tahniah......

Monday, December 21, 2009

....LAGI GAMBAR PERSANDINGAN WAN HAFIZAH....







Coretan 2112

Daripada Bonda Raja Maheran.....

"Angka ini pasti dtg s’tiap thn tetapi 211208 dan 211209 dan strusnya…… adalah angka yg amt menyeksakan tdak sperti angka2 yang lain…………..


…(kecuali 111094-261108)…

271108 bermula lah epsod baru ddlm k’hidupan dari saat ke minit ke jam ke hari ke bulan ke tahun dan seterusnya….


2112….tiada lagi kad ucapan buatan sendiri tiada lagi ciuman kiri dan kanan pipi , tiada lagi wang mengalir ke KFC dan tiada keringat mengalir akibat masak ayam kcap/cabai kerana b’day boy yang wajib belanja…….kata dia le…..semua itu adalah memori yg t’indah.


2112…. Masih teringat kata2 ramalan dari “zodiac Tajul Muluk….”

Nampak sgt anda suka bermimpi

Sedarlah satu hari nanti akan tiba masanya’

Anda harus hadapi kenyataan & bersabar lah


2112…. jadi ini lah kenyataannya….suratan atau kebetulan

AL FATIHAH UNTUK SEMUA ARWAH…’AL FATIHAH’…….


2112….Thanks so much untuk semua jemaah hanya Allah saja yg membalasnya……….semoga kita mendpt KeberkatanNya………AMIN

Untuk renongan aje…………

.

SEMAKIN BERTAMBAH UMOR KITA

SEMAKIN DEKAT DENGAN KEMATIAN

dengan itu

Tiada lagi “ISTILAH HARI ISTIMEWA”


2112…..catitan…

Sekarang dalam proses menulis coretan (w”pun bkn seorg penulis) “HARI2 TERAKHIR SEORANG ANAK”

Sponsor diperlukan

Con no : 0125740548

0125514694

Special Edition

Tunggu penerbitannya"

ORANG BIASA.....BASIKAL TUA

Posted by Picasa

Monday, December 14, 2009

....tarikh-tarikh penting sehingga 31/12/2009

Assalammualaikum.....terdapat sedikit masalah di blog ini yang mana tarikh-tarikh untuk ruangan Hari Jadi tidak dapat di paparkan. Telah beberapa kali mencuba untuk membetulkannya tetapi tetap gagal. Masih mengenalpasti sebab dan musababnya.

Beberapa peristiwa dan sambutan Hari Jadi akan dipaparkan secara manual disini, antaranya:-
19 Dec, 2009 - Sambutan Awal Muharam
20 Dec, 2009 - Undangan ke Majlis Perkahwinan Wan Hafizah binti Amir
(anak allahyarham Kak Leha) di dewan MBSA Shah Alam
21 Dec, 2009 - Hari Jadi Raja Maheran
24 Dec, 2009 - Hari Jadi Megat Amirul Fahmie bin Ahmad Yusuf
25 Dec, 2009 - Hari Jadi Abdul Halim bin Hashimi
29 Dec, 2009 - Hari Jadi Sharifah Rozilawati binti Syed Jamalulil
30 Dec, 2009 - Hari Jadi Raja Fazila

Kepada Amar Farhan diharap telah pun sihat dan bersedia untuk ke sekolah menengah. Raja Muhamad Zulqarnain telah pun mendaftar ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki. Rasanya Raja Muhammad Zahin bin Raja Abd Hassan pun telah bersedia ke alam persekolahan.

Akhir sekali kepada mereka yang boleh menyumbangkan tulisan dan boleh menulis (walaupun bukan wartawan) diharap dapat memberikan sumbangan demi memeriahkan lagi blog ini.

Terima kasih.

Tuesday, December 1, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH...

Saya baru terima sms daripada Lan minta uploadkan ucapan terima kasih sempena majlis tahlil yang telah diadakan baru2 ni..Mcm ni bunyinye:

"Ucapan terima kasih Lan kepada anggota keluarga di atas kehadiran masa kenduri tempoh hari, maaf mana yang terkurang dan ribuan terima kasih juga di atas sokongan dan doa yang diberikan kpd Lan dalam menghadapi cabaran terutama abang ngah dan nyah serta family semuanya dan kemaafan jua dipinta sekiranya Arwah ada menginggung perasaan atau terkasar bahasa, semoga berbahagialah Wan di sana....AMIN...I LUV U ALL from Lan"

Semoga Lan semakin tabah menempuh hari yang mendatang dan semoga roh Arwah Wan dicucuri rahmatNya..Amin..

Monday, November 30, 2009

LAGI GAMBAR DAN BERITA MAJLIS TAHLIL





Alhamdulillah...majlis tersebut telah pun dilangsungkan dalam suasana dan semangat gotong royong diantara keluarga. Kebanyakan ahli keluarga hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Semoga niat dan dan harapan kekanda Raja Maheran dan tuan rumah kekanda Raja Maznah dan suami Abg Ngah mendapat keberkatannya...Insyaallah, AMIN.

MAJLIS TAHLIL.....26 NOVEMBER 2009





MOK DALAM KENANGAN...



Di keheningan subuh tanggal 04.11.09 kami telah dikejutkan dengan satu berita di mana haiwan peliharaan kesayangan kami iaitu 'MOK' telah pergi untuk selama-lamanya. Patut la sebelum ni Mok merajuk tak nak makan dan minum, rupa2nya dia telah mengetahui bahawa ajalnya akan sampai. Dua tiga hari sebelum itu, Mok merajuk tak nak masuk rumah dan pada pagi itu dalam kul 6.30 pagi, tubuhnya telah dijumpai kaku di stor. Abah telah memberitahu mak dan seterusnya memanggil adik (yang ketika itu telah bersiap2 untuk ke sekolah) telah ke luar untuk melihat mok dan tanpa disedari telah menangis tersedu2 hingga terpaksa Mak menenangkannya dan bersiaplah untuk ke sekolah. Mok telah selamat disemadikan buat selama2nya pada pagi itu juga di halaman rumah dengan berbatu nisankan tiang letrik TNB. Semoga Mok mendoakan sesiapa yang telah berbuat baik kepadanya. Untuk pengetahuan semua, Mok telah mula dibela oleh arwah tok kira2 17 tahun yang lalu...

sekeping dua gambar Mok buat tatapan semua...huk huk

Yang mengarang,
Raja Maznah

Friday, November 13, 2009

BERKAT HARI JUMAAT

Assalammualaikum....akhirnya berkat kesabaran dan hari jumaat yang mulia, dapat juga sudahnya menembusi dan menyumbangkan coretan di blog ini.

Sebelum menerus dan menyumbangkan coretan di blog ini, Aman terlebih dahulu memohon maaf kepada semua kerana tertunggu-tunggu berita yang tak kunjung tiba. Ini bukanlah disengajakan tetapi adalah "kerana buah cempedak diluar pagar".

Kepada Juliana serta keluarga (Rifqah apa khabar?) adalah dimaklumkan bahawa tarikh hari jadi Abang awak tu ada jangan risau. Ayh Man dah setting dalam tu cuma tertera 10 orang punya hari jadi sahaja. Ianya akan berturutan apabila tarikh orang yang telah pun menyambut hari jadinya tiba. Sabar ye, tu la masa BBQ tak ajak kita.

Kepada Kak Cik serta keluarga tahniah kerana dapat orang baru. Tahniah kepada Atie dan Sufian. Jaga baby baik-baik. Namanye siapa ye nanti beritahu pada Tok Man kerana ndak masuk dalam blog ni.

Oklah cukup setakat ni. Banyak coretan dan gambar yang akan dimasukkan kedalam blog ni, dalam masa yang terdekat ni, Insyaallah.

Thursday, October 15, 2009

BBQ Nite

Date: 26th September 2009
Venue: Rumah Keluarga Zakaria & Raja Maznah
Participants: Abah, Mak, Lan, Wana, Yong, Abang Long, Abang Ata, Siti, Ija, Kamarul, Firah, Adik, Rifqah, Aqil, Naufal n Alisha...pendek kata, semua pun ada lah!

Pada hari raya ke 7 yang lepas, kami ada buat BBQ...best best..antara menu-menu yang ada:
1. ikan jelawat / ikan siakap / kerang / udang /sotong / ayam - yang ni semua kami marinate and bakar
2. jagung / potato - yang ni pun kena bakar
3. petai / terung - ni pun sama
4. pucuk paku mak buat masak gulai lemak
5. nasi putih
6. air buah-buahan tropica kaler hijau

ni la antara snapshots yang sempat saya uploadkan


~ preparation - ni time petang ~



~ ikan jelawat - lebih kurang 2.5kg ~



~ BESAAA PUNYA!!! (baca mcm dlm iklan megi campur ikan) ~


~ marinating in progress and table setup ~

~ acara bakar membakar ~

~ BEFORE ~
all in one, semua bakar skali


~ AFTER ~
nyum nyum..sedap tuh


~ model-model si cilik yang memeriahkan majlis ~



~ pics sekitar majlis ~
makan time tak banyak gambar - semua concentrate nak makan


~ petai bakar ~
for petai lovers [especially ayahman and ayahbesar], don't be jealous:P

Acara tamat dalam kul 10 malam...tq to all...next time boley kita buat lagi...