Alhamdulillah...majlis tersebut telah pun dilangsungkan dalam suasana dan semangat gotong royong diantara keluarga. Kebanyakan ahli keluarga hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Semoga niat dan dan harapan kekanda Raja Maheran dan tuan rumah kekanda Raja Maznah dan suami Abg Ngah mendapat keberkatannya...Insyaallah, AMIN.
GAMBAR TERKINI
Monday, November 30, 2009
LAGI GAMBAR DAN BERITA MAJLIS TAHLIL
Alhamdulillah...majlis tersebut telah pun dilangsungkan dalam suasana dan semangat gotong royong diantara keluarga. Kebanyakan ahli keluarga hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Semoga niat dan dan harapan kekanda Raja Maheran dan tuan rumah kekanda Raja Maznah dan suami Abg Ngah mendapat keberkatannya...Insyaallah, AMIN.
MOK DALAM KENANGAN...
Di keheningan subuh tanggal 04.11.09 kami telah dikejutkan dengan satu berita di mana haiwan peliharaan kesayangan kami iaitu 'MOK' telah pergi untuk selama-lamanya. Patut la sebelum ni Mok merajuk tak nak makan dan minum, rupa2nya dia telah mengetahui bahawa ajalnya akan sampai. Dua tiga hari sebelum itu, Mok merajuk tak nak masuk rumah dan pada pagi itu dalam kul 6.30 pagi, tubuhnya telah dijumpai kaku di stor. Abah telah memberitahu mak dan seterusnya memanggil adik (yang ketika itu telah bersiap2 untuk ke sekolah) telah ke luar untuk melihat mok dan tanpa disedari telah menangis tersedu2 hingga terpaksa Mak menenangkannya dan bersiaplah untuk ke sekolah. Mok telah selamat disemadikan buat selama2nya pada pagi itu juga di halaman rumah dengan berbatu nisankan tiang letrik TNB. Semoga Mok mendoakan sesiapa yang telah berbuat baik kepadanya. Untuk pengetahuan semua, Mok telah mula dibela oleh arwah tok kira2 17 tahun yang lalu...
sekeping dua gambar Mok buat tatapan semua...huk huk
Yang mengarang,
Raja Maznah
Friday, November 13, 2009
BERKAT HARI JUMAAT
Assalammualaikum....akhirnya berkat kesabaran dan hari jumaat yang mulia, dapat juga sudahnya menembusi dan menyumbangkan coretan di blog ini.
Sebelum menerus dan menyumbangkan coretan di blog ini, Aman terlebih dahulu memohon maaf kepada semua kerana tertunggu-tunggu berita yang tak kunjung tiba. Ini bukanlah disengajakan tetapi adalah "kerana buah cempedak diluar pagar".
Kepada Juliana serta keluarga (Rifqah apa khabar?) adalah dimaklumkan bahawa tarikh hari jadi Abang awak tu ada jangan risau. Ayh Man dah setting dalam tu cuma tertera 10 orang punya hari jadi sahaja. Ianya akan berturutan apabila tarikh orang yang telah pun menyambut hari jadinya tiba. Sabar ye, tu la masa BBQ tak ajak kita.
Kepada Kak Cik serta keluarga tahniah kerana dapat orang baru. Tahniah kepada Atie dan Sufian. Jaga baby baik-baik. Namanye siapa ye nanti beritahu pada Tok Man kerana ndak masuk dalam blog ni.
Oklah cukup setakat ni. Banyak coretan dan gambar yang akan dimasukkan kedalam blog ni, dalam masa yang terdekat ni, Insyaallah.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
+%281%29.jpg)