GAMBAR TERKINI

GAMBAR TERKINI

Thursday, April 4, 2013

 
Posted by Picasa

Tuesday, December 21, 2010

sms dari bonda maheran

SLm utk smua...Per1..alFATIHAH..utk Arwah semua...t/kasih krana dkelingi oleh adik bradik/anak2 buah n cucu yg trus menyayangi LAN 100% krn kasih syg 2 lbih bharga dri sglanya dan yg penting WAN psti gembira dan sentiasa mendoakan insan2 yg trus menyangi BONDA TERSAYANGnya...dan yg pasti LAN X INGIN MEnangis lagi..tangisan hnya utk mdpt keredaan &keampunan dariNYA....AMIN...tlg msk blog...dari H.A.C.K.S

saya terima sms ni dari bonda maheran malam tadi...malas menaip, cuma copy n paste je..hebat jugak bonda maheran kita ni gunakan bahasa sms nya ye.. happy birthday kepada semua yang celebrate birthday bulan ni...apa cerita dengan rumah di kampung??? masih lagi buat open house ke ayah beso?

Saturday, December 18, 2010

....hasilkerja Ku Hassan...



Kite mengucapkan jutaan TERIMA KASIH pada adinda Ku Hassan diatas
pengumpulan maklumat dan susunatur salasiah keluarga kite.....sayang ianya hanya bermula dari ayahanda dan bunda kite..pun dikira bagus buat permulaan dan pastinya untuk cicit cicit kite. TERIMA KASIH

YEOP: bertambah senang kerana tiada jemaah kite yang lelaki menambah cawangan
....belum pasang niat lagi...

Monday, October 18, 2010

20.10.2010

salam jemaah semua...lovely morning sebab baru lepas hujan kat sini...

hari ni kekanda juliana dimasukkan ke wad untuk operate, membuang cyst yang ada di dalam perutnya. operation dijangka akan dijalankan pada hari rabu, 20.10.2010 (cantik tarikh ni kan)..

doakan semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar...ameen

*cuba call kekanda juliana pagi ni tapi tak dapat..dah masuk wad agaknya...teringat dulu masa bersalinkan alisha..mmg susah nak dpt line bila ada kat dlm wad ni...xcukup coverage lagi agaknya...

Monday, October 11, 2010

hari ini...

Salam semua, sudah lama saya tidak menyumbangkan sebarang berita dan cerita di dalam blog ni...Maaf kepada tuan blog dan yang lain, sibuk dengan kerja di office yang tak pernah2 abis dan melayan kerenah si kecik, Alisha yang dah semakin membesar..

Pagi ni, on the way ke office, saya terima 2 SMS. Satunya dari CELCOM, reminder untuk bayar bil yang dah nak mencecah limitnya (rajinnye org2 celcom ni ye..terima kasih..reminder untuk terima duit..xde ke..hehe :P) dan satu lagi dari Bonda Maheran yang mengingatkan saya pada hari lahir Allahyarham Azwan pada hari ini(11.10.10) dan Adinda Zafirah pada hari jumaat yang lepas (08.10.10).

Kepada Adinda Zafirah dan juga ahli jemaah yang menyambut hari lahir pada bulan October, semoga dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. (Bila nak blanja kami makan ni, dik oiii...)

Kepada Allahyarham Azwan, semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman dan tenang di Sana..Insya-Allah..Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuknya, untuk nenek moyang dan juga saudara mara kita yang telah pergi menyahut seruan Ilahi...

Al-Fatihah..

Didalam SMS BondaMaheran juga ada menyatakan yang pagi ini Bonda Maheran telah pergi ke pusara mereka untuk menghadiahkan sepotong ayat dan ucapan terima kasih Bonda Maheran kepada semua yang masih mengingati Dia...

Tak lupa juga, untuk program Majlis Tahlil yang akan datang iaitu pada hari Sabtu, 6 Nov 2010..sama-sama lah kita untuk menghadirkan diri...