GAMBAR TERKINI

GAMBAR TERKINI

Monday, February 15, 2010

MAJLIS MARHABAN - IPOH

Assalammualaikum......
Setelah beberapa berada di laman siber, blog kita ini diubahsuai sedikit dengan beberapa pembaharuan. Kaum kerabat juga boleh melihat gambar terkini dan terbaru secara slide. Diharap kaum kerabat yang lain juga dapat meyumbang demi memeriahkan lagi blog ini.
Majlis Marhaban untuk Meor Muhd Irfan telah pun berlangsung dengan meriahnya. Banyak peristiwa yang mungkin menjadi satu kenangan manis kerana di majlis tersebut kesemua sepuluh adik-beradik kita hadir ke majlis tersebut dan sempat bergambar kenangan bersama. Rasanya setelah sekian lama barulah ini kali pertama kita semua dapat melakukannya. Gambar tersebut diletakkan diatas blog ini untuk kenangan. Alhamdulillah.
Di blog ini juga kita semua ingin merakamkan terima kasih kepada Tuan Haji Ihsan Mohd Radzi yang telah mengumrahkan kedua allahyarham ibubapa kita.
Ingin dimaklumkan juga, kalau tiada aral melintang Megat Khairul Azmi bin Jailani akan mengadakan Majlis Marhaban pada 28 March, 2010 untuk anakandanya yang kedua iaitu Megat Farish Nazwan dirumah beliau di Kampar, Perak. Jika berlaku perubahan tarikh akan dimaklumkan nanti. Buat masa ini countdown telah pun diwujudkan di blog ini. Diharap kaum kerabat dapat meluangkan masa pada tarikh tersebut.
Akhir sekali kepada semua anak-anak saudara yang sememangnya pandai didalam IT, dapat membantu memeriahkan blog ini.
Terima kasih.