Di keheningan subuh tanggal 04.11.09 kami telah dikejutkan dengan satu berita di mana haiwan peliharaan kesayangan kami iaitu 'MOK' telah pergi untuk selama-lamanya. Patut la sebelum ni Mok merajuk tak nak makan dan minum, rupa2nya dia telah mengetahui bahawa ajalnya akan sampai. Dua tiga hari sebelum itu, Mok merajuk tak nak masuk rumah dan pada pagi itu dalam kul 6.30 pagi, tubuhnya telah dijumpai kaku di stor. Abah telah memberitahu mak dan seterusnya memanggil adik (yang ketika itu telah bersiap2 untuk ke sekolah) telah ke luar untuk melihat mok dan tanpa disedari telah menangis tersedu2 hingga terpaksa Mak menenangkannya dan bersiaplah untuk ke sekolah. Mok telah selamat disemadikan buat selama2nya pada pagi itu juga di halaman rumah dengan berbatu nisankan tiang letrik TNB. Semoga Mok mendoakan sesiapa yang telah berbuat baik kepadanya. Untuk pengetahuan semua, Mok telah mula dibela oleh arwah tok kira2 17 tahun yang lalu...
sekeping dua gambar Mok buat tatapan semua...huk huk
Yang mengarang,
Raja Maznah
.jpg)
+%281%29.jpg)
No comments:
Post a Comment