Tarikh : 29 Ogos, 2009 bersamaan 08 Ramadhan 1430H
Tempat : Perkarangan Rumah Pusaka di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan, Perak.
Kehadiran : Lebih kurang 91% daripada keseluruhan
Majlis bermula dengan kerja kerja menegak khemah pada jam 5.00 petang. Khemah ditaja oleh Kekanda Zakaria dan keluarga. Masakan dimasak oleh kekanda Raja Rokiah dan Raja Saidatul Akmar dengan bantuan keluarga masing-masing. Perbelanjaan sebanyak RM400.00 disumbangkan oleh adinda Raja Abd Hassan. Kekanda Raja Maznah juga menyumbang makanan pada majlis tersebut.
Saya cuma membeli 60 ketul pulut panggang. Mempelam Alex bagi. Tembikai Kak Noreha yang bagi juga turut hadir bersama suami.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Semoga dimurahkan rezeki.
Antara persetujuan yang dicapai hasil perbincangan yang di pengerusikan oleh kekanda Raja Abd Aziz:-
1. "Selamat Hari Jadi" diwujudkan kembali - Tindakan: Raja Abd Rahman
2. Kemaskini rekod dan edarkan kepada semua - Tindakan: Raja Abd Rahman
3. Adakan blog
4. Perbaiki bilik air dll - Sumbangan ikhlas Raja Abd Aziz RM100.00/Jailani RM50.00/Raja Abd Rahman RM50.00 (beri kepada Raja Saidatul Akmar masa hendak balik) _ Tindakan: Raja Khuzaimah untuk kumpul duit/Zakaria minta dapatkan kontraktor.
5. Wujudkan yuran keahlian, persetujuan sebulat suara RM10.00 sebulan kepada yang telah berkeluarga (Raja Maheran dan Raja Khuzaimah dikecualikan). Raja Maznah dan Raja abd Rahman diminta buka akaun.
Keluarga yang telah membayar: Jaya Putera RM10.00/Tuan Syed RM10.00/Zakaria RM10.00/Yusof RM10.00/Hassan RM10.00. Tarikh ahkir bayar untuk tahun 2009 ialah pada 2 hari raya sebanyak RM40.00 untuk 4 bulan. Raja Maznah dilantik sebagai Bendahari.
Kekanda Raja Abd Aziz dan isteri menjemput kepada semua ahli keluarga pada 24 November, 2009 dirumah beliau kerana majlis pertunangan anak perempuannya Raja Intan Yuhanez.
Akhir sekali Pengerusi memperingatkan kepada semua adik-beradik agar sentiasa berusaha untuk menyatupadukan keluarga ini. Baginya setiap kerja murni yang dicuba untuk membina keluarga ini akan terdapat banyak rintangan. Diharap semua dapat bertolak ansur.
Sekian, terima kasih.
Antara gambar gambar pada majlis tersebut:-
MAJLIS PERTUNANGAN ANAKANDA QUIN (RAJA INTAN)
ReplyDeletePembetulan pada posting diatas.
Tarikh pertunangan adalah pada 24.10.09.
semua dijemput hadir dan peluang akan diambil bagi setiap keluarga untuk bergambar dan bakal dimuatkan didalam blog.
bagi penulis blog ini KuAman sila jangan lupa bahawa mike telah dilantik menjadi jurucakap pada tarikh 24.10.09 bukan 24.11.09.Salam (kacokite)